Welcome to Rashid & Family Blog...Will update when we have the time...=)
This site is designed according to The latest IE 7 & 8 standards and Mozilla 3.5.3.
Thus,viewing in old version would cause a layout mismatch.
Thursday, September 10, 2009
Ada yang tidak boleh ditegur...Rasa dirinya berkata yang salah.
Ada yang tidak boleh diketawakan...Rasa dirinya diperbodohkan.
Kadang kala manusia seperti begini merasa dirinya dah cukup ilmu bila disebut tentang seni. Tak kiralah seni tari, seni drama, seni musik dan seterusnya. Sudah dianggap semuanya diketahui bila bertanya. Walhal ada lagi yang belum tercapai dalam dirinya sendiri.
Tetapi bila ditanya tentang perkara yang susah untuk dijawab, maka mulalah terasa malu, terasa serba salah. Ada pula tidak pedulikan dengan persoalannya.
Terasa agak pelik bila melihat akan dengan sikap tingkah lakunya bila memberitahu ilmu yang sudah dipelajari dalam dirinya suka berkongsi dengan yang lain.
Terasa pelik juga mendengar kata-katanya bagaikan tin kosong dengan menunjuk tingkah laku dengan tidak endah dan seperti remaja berkata: "Tak kuasa ar" bila disuruh untuk berkongsi dengan orang yang ingin belajar secara practical.
Apakah sebabnya? Rasa malas? Rasa jemu? Rasa hanya untuk orang yang mempunyai ilmu sahaja? Sekiranya begitu, ilmu apakah yang sebenar telah dipelajari selama ini? Sehinggakan tidak boleh terima teguran dari sesiapapun. Rasa dirinya sendiri yang betul dalam apa jua.
Beginilah akitbatnya sekiranya teguran tidak boleh diterima. Berbagai perasaan dan perangai akan ditunjuk dalam dirinya sendiri.
Melayu mudah lupa...
Sekian...
5:04 PM